SELAMAT MELAYARI LAMAN BLOG TEKU,SEMOGA TERJALIN TALI PERSAUDARAAN ANTARA KITA KERABAT RAJA JEMBAL.......

Sunday, August 16, 2009

catatan ini adalah untuk anak cucu hamba dan juga dari mereka yang mengaku keturunan raja jembal sebenarnya selain menjaga syariat Islam anak cucu diingat supaya menjaga pantang larang ini agar tidak ditimpa sebarang musibah kerana sumpanan daridatuk nenek moyang raja jembal.antaranya buluh betung tidak boleh dimakan atau dibuat sebarang peralata rumah dan sebagainya katanya asal keturunan raja jembal dari buluh betong.Siput Gondang tidak boleh dimakan katanya permaisuri raja jembal (Buluh betong)telah berkahwin dengan putri buih dari siput gondang.Kerbau balau katanya kerbau ini pernah menjilat danau anak raja jembal yang mati dikepuk padi.Pisang Raja Udang katanya kerana pisang ini lah anak raja jembal mati jatuh ke dalam kepuk padi.Ikan kekacang katanya ikan ini pernah menyelamatkan keturunan raja jembal dari mati lemas di laut.Ikan puyu katanya dipelihara untuk menjauhkan gangguan iblis dan palesit.Burung tekukur adalah menjadi peliharan dan mainan diraja.Buaya kerana ada diantara keturunan raja jembal disumpah menjadi buaya putih,Gajah katanya ada keurunan raja jembal disumpah menjadi gajah putih.Itulah rasanya untuk pengetahuan anak cucu raja jembal yang perlu mereka tahu.jika dia benar-benar keturunan raja jembal maka 9 perkara di atas ini perlu mereka ketahui dan betul-betul mengaku dia adalah keturunan raja jembal.

4 comments:

  1. Sy keturunan raja gondang...berkaitan pntang larang itu sama degan keturunan sy...adakah raja gondang keturunan sama dengan raja jembal???
    Nurul5682@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Saya hanya tahu ikan kekacang dan rebung buluh betung je xboleh mkn yg lain sy xtahu...Sbb arwah atok(long mat amin bin long soh) saya prnh cakap kami xboleh mkn

    ReplyDelete
  3. Arwah mak mertua pernah bagitau dia dr keturunan raja jembal. Keturunannya tk bleh mkn rebung buluh betung. Dlu kdg² arwah mak mertua akan bercerita psl keturunannya iaitu raja jembal. Tp byk cerita yg arwah bagitau saya ingat² lupa.

    ReplyDelete
  4. Arwah mak mertua pernah bagitau dia dr keturunan raja jembal. Keturunannya tk bleh mkn rebung buluh betung. Dlu kdg² arwah mak mertua akan bercerita psl keturunannya iaitu raja jembal. Tp byk cerita yg arwah bagitau saya ingat² lupa.

    ReplyDelete